|
|
|
|
Kejadian berlaku
di sebuah negara yang tidak dapat dipastikan namanya.
Masyarakat dalam negara itu hidup dalam
keadaan yang aman dan damai. Rata-rata
penduduknya adalah yang menganut agama Islam.
Suatu hari datang seorang
cendekiawan kristian, yang ingin menguji
keagungan dan kebenaran Tuhan yang disembah. Cendekiawan itu berjumpa dengan
raja negara tersebut dan meminta kebenaran untuk berdebat dengan
penduduk-penduduk di negara itu.
Pertaruhan yang telah ditetapkan
oleh cendekiawan itu adalah,jika dia
dikalahkan, dia beserta seluruh ahli keluarganya akan memeluk Islam.Sebaliknya
jika dia menang, raja hendaklah memberi dia kekayaan dan kebenaran menyebarkan
agamanya di situ. Dan syarat terpenting perbahasan ialah menggunakan bahasa
isyarat. Kemudian raja pun bertitah mengumumkan pertandingan tersebut kepada
rakyat dan barangsiapa yang kalah, dia akan dikenakan hukuman yang berat.
Setelah hampir waktunya, muncullah seorang pengembala kambing Islam yang ingin
membela agamanya. Dengan berat hati,raja membenarkan kerana tiada siapa lagi
yang berani menyahut cabaran itu.
Pada hari pertandingan, rakyat
berkumpul di padang yang luas dan gembala kambing didudukkan bertentangan dengan
cendekiawan kristian. Bermulalah soalan, cendekiawan menunjukkan satu jari
kepada hadirin. Gembala kambing pula menunjukkan dua jarinya pada hadirin. Dan
jawapannya betul.Cendekiawan pula menunjukkan dua
jari pula dan gembala kambing menunjukkan lima jari, jawapannya juga betul.
Kemudian, cendekiawan menunjukkan
lima jari, gembala kambing menunjukkan enam jari. Betul juga! Raja mula berfikir,
hebat juga gembala kambing ini. Cendekiawan yang tidak berpuas hati, membuat
bulatan pada hadirin dengan tangannya, kemudian gembala kambing menunjukkan
penumbuk tangannya. Betul lagi... Lalu cendekiawan tersenyum puas hati.
Cendekiawan mengeluarkan pedang dan halakan ke langit. Gembala kambing pula
mengeluarkan pisau kontotnya, lalu dijunamkan ke bumi. Betul! Lalu
cendekiawan menepuk tangan.
Cendekiawan kemudiannya
menunjukkan seekor ayam ditangan dan gembala Kambing menunjukkan telur ayam
ditangan. Betul... Maka tamatlah sesi perdebatan.Raja amat berpuas hati dengan
kepandaian gembala kambing. Cendekiawan itu mengadap raja, untuk menunaikan
janjinya. Raja bertanyakan soalan dan jawapan perdebatan antara cendekiawan dan
gembala kambing. Cendekiawan pun mula bercerita...
"Sungguh hamba akui kebesaran
Tuhan, sehingga rakyat tuanku dapat menjawab dengan baik sekali. Sebenarnya
soalan hamba, tunjuk satu jari bermakna adakah kalimah syahadah cuma yang
pertama sahaja? (Asyhaduallah ilaha illallah...) Jawapan yang diberikan gembala
kambing,
dua jari. Jawapannya betul kerana sambungannya, (wa
asyhaduan namuhammadarrasullullah)"
"Hamba tunjukkan dua jari,
bermakna adakah rukun islam ada dua? Gembala kambing memberi jawapan, lima.
Betullah... Bila hamba tunjukkan lima jari,maksudnya adakah islam setakat itu
sahaja? Jawapan yang diberikan enam jari, sebab rukun iman ada enam"
"Bulatan pula bermakna siapa yang
jadikan bumi? Gembala kambing menjawab penumbuk, betullah sebab Allah yang Maha
Berkuasa. Bila hamba mengeluarkan pedang dan menunjuk ke langit, gembala kambing
mengeluarkan pisau kontotnya dan menjunamkan ke bumi. Betullah... kerana Allah
yang jadikan langit dan bumi."
"Ayam tu sebenarnya soalan
bonus... apakah asal usul kejadian ayam itu Jawapannya telur... betullah...Sesungguhnya
hamba amat berbesar hati dan akan mendalami islam sepenuhnya, serta
menyebarkannya"
Raja tersenyum gembira mendengar
soalan dan jawapan tersebut.Kemudiannya gembala kambing dipanggil untuk mengadap
Raja, maka diberikan ganjaran yang telah dijanjikan. Dan bertanyalah Raja akan
rahsia gembala kambing tersebut, adakah soalan itu dah bocor? Gembala kambing
pun bercerita...
"Hamba sungguh tak puas hati
betul dengan orang Kristian yang sombong itu. Dia tunjuk satu jari, maknanya dia
nak kambing hamba satu. Jadi hamba menjawab, dua pun hamba boleh bagi. Dia
tunjuk dua maknanya dia nak lagi dua pulak! Nak empat la maksudnya. Dan hamba
jawab lima pun boleh.Kemudian dia tunjuk lima, maknanya takkan lima jea...?
Oklah hamba boleh bagi enam pada dia."
"Lepas tu dia tunjuk bulatan,
maknanya dia nak semua kambing hamba. Hamba pun tunjuklah penumbuk. Pas tu dia
keluarkan pedang, wah wah... dia ingat orang kaya je ada pedang. Hamba pun
tunjuk pisau kontot hamba.Sekurang-kurangnya hamba ada juga. Kemudian dia tunjuk
ayam pulak!Amboi... mentang-mentanglah dia kaya, selalu makan ayam... Hamba pun
mampu... walaupun hanya telur ayam. Tapi patik tetap bersyukur, kerana dia dah
sedar dan nak peluk islam, sekurang-kurangnya dia takkan sombong dan bongkak
lagi..."Tergelak besar Raja mendengar penjelasan gembala kambing tersebut.
Sungguh besar keagungan Tuhan... walau dengan cara apa sekalipun islam dicabar
dan dihina, Islam akan tetap terbela.
Wallaualam...
bravenet.com