|
|
|
|
Sekeras manapun
hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Untuk melihat
lelaki menangis amatlah payah. Diantara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta
dengan hebat ialah:
1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk
kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.
2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan
berubah menjadi orang yang kuat bercakap.
3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat
menyayangi kekasihnya.
4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya
kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya
kerana dia sentiasa berasa curiga.
7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan
kekasihnya.
8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila
kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang
meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.
10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup
membantu kekasihnya melakukan apa saja.
11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk
oleh kekasihnya.
12. Dia akan menggelabah apabila kekasihnya
berjauhan daripadanya terlalu lama.
13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.
14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya
sendiri.
15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya
mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.
16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak
ada urusan penting dengannya.
17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan
kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.
18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.
19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan
berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa
mengharap
kekasihnya kembali kepadanya.
20. Apabila timbul orang ketiga,dia akan hilang akal
dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang
paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya
namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 mencintai
kekasihnya.
23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata
hanya untuk seorang perempuan.
ade lg ke org cmni?
bravenet.com